Sunday, October 25, 2009

Kekasih

Sambil menanti senja .. dan menanti mak datang ambil aku ke rumah mak untuk aku menunggu kepulangan suamiku dari kursus ... aku ambil sikil masa yang terluang ini untuk menaip apa apa yang keluar dari minda ... 3 hari suamiku tak ada disisi .. macam lama pulak rasanya .. hmm .. apa boleh buat .. dia perlu menjalankan tugasnya ... hari ini jugak aku rasakan masa berjalan begitu lambat sekali ... semalaman sehingga subuh aku tak boleh lelapkan mata ... dan aku tak tau apa punca dan sebabnya ... selepas subuh je aku terus lelapkan mata .. tapi tak lama aku terjaga .. sakit kepalaku berdenyut2 .. mungkin tak cukup tidur ataupun tidur selepas subuh aku pun tak tahu ...

Suami ku akan bertolak dari kuala lumpur jam 11 malam ini ..dan dijangka sampai ke sini insyaallah sebelum subuh ... Hari ini tak banyak perkara yang aku buat .. sebab semalam dan kelmarin dulu semua kerja aku dah pun selesaikan .. cuma satu .. yaaa!! aku tak mandikan jugak kucingku yang sekor lagi tu .. sebab rasa macam tak larat sangat2 pulak ...

sambil itu .. untuk tatapan ... puisi buat Kekasih RABBUL IZZATI ...


Kekasih...
Wujud-Mu diyakini setiap insan
Sayang-Mu tiada tolok bandingan
Kasih-Mu umpama indahnya syurga Firdaus
Abadinya cintaku pada-Mu
Takkan luput di telan zaman
Lantaran...
Hidupku...matiku...adalah kerana-Mu

Kekasih...
Titisan air mataku ini hanya untuk-Mu
Mengimbau kembali nostalgia kesilapanku

Kekasih...
Jiwa ini kekosongan tanpa-Mu di sisi
Jiwa ini kegelapan tanpa hidayah-Mu
Inginku miliki ketenangan dan kebahagiaan bersama-Mu
Agar sentiasa di dalam lindungan-Mu

Kekasih...
Layarilah hidupku degan iringan doa-Mu
Moga setiap langkahku
Ternoktah di bahu kananku
Moga setiap tarian hidupku
Terukir doa di bibir hamba-Mu

Moga ketulusan hatiku
Disinari nur iman anugerah-Mu
Moga ukiran bicara di bibirku
Sentiasa menyebut nama-Mu
Moga setiap putaran waktu
Akan kupuisikan amanah-Mu

Melambangkan...
Betapa agungnya cintaku pada-Mu..

Terasa sakit pulak bahagian belakang aku ni ...tak dapat nak melalut panjang2 dan banyak2..hehe ... sampai sini dulu .. wallahu a'lam ..


No comments:

Post a Comment