Friday, April 16, 2010

Kemulian diri dengan berakhlak baik

Assalamualaikum ....

Memang terlalu lama tak menjenguk dan meng 'update' laman ni .. banyak pulak sawang2 yang tak perlu masuk dalam ruangan ni .. bukannya apa .. masa tak mengizinkan sebab banyak jenguk kebun dan masalah dengan masa ... tidak banyak perkara yang berlaku sepanjang kesepian di ruangan ini ... Masaku banyak dihabiskan dengan kerja ... bila dah dapat masa kembali idea pulak tak timbul ...

Soal kelas pengajian yang telah berjalan ni ... Alhamdulillah tiada lagi perkara yang tak seronok sepanjang kelas ini beroperasi ..Alhamdulillah anak2 murid yang cilik2 banyak membantu ..membantu dari segi kerjasama didalam kelas dan didalam pengajian .. tidak banyak karenah lagi sepanjang aku mengajar ...Minggu lepas kami adakan jamuan kelas sikit sempena menyambut ulangtahun murid sekaligus dengan ustazahnya sekali ... alhamdulillah seronok tengok anak2 makan .. tertib sekali .. majlis berakhir dengan memberi hadiah kepada murid ... insyaallah akan di attach kan gambar disini .. kamera bateri habis .. sempat snap 3 keping gambar je .. tak sempat nak snap anak2 yang pakai pakaian yang cute2 ..

Meh kita share tazkirah kali ini .. tentang kemulian diri dengan berakhlak baik ..

Rasulullah saw. Bersabda bermaksud:

“Sebesar-besar kebajikan itu ialah berakhlak dengan akhlak yang baik, dan dosa itu ialah perasaan bimbang dalam jiwa dan engkau tidak suka keadaan itu diketahui oleh orang lain”.

Riwayat Muslim

Seseorang yang berakhlak mulia akan mendapat pahala dan boleh mendatangkan kebaikan untuk diri sendiri dan kebajikan kepada orang lain.

Orang yang melakukan dosa tidak akan mendapat ketenangan jiwa didalam hidupnya.

Berakhlaklah dengan akhlak yang mulia kerana ia sebesar besar kebajikan dan janganlah melakukan dosa kerana dosa itu ialah azab seksa, yang dirasai baik didunia mahupun diakhirat

WaLlahu a'lam

Demikian tazkirah kali ini dengan harapan agar sama sama lah kita bermuhasabah diri kita tentang ini .. adakah kita terfikir untuk berusaha mengumpul amal kebaikan sebelum kita dibawa ke SANA ? Ramai umat zaman ini terlalu leka dengan perkara2 sebegini kerana apa?kerana banyak mengejar hal duniawi dari mengejar hal ukhrawi ...
wassalam

.

No comments:

Post a Comment